Tuesday, September 14, 2010

vadei

vadei

Bahan-bahan

  • 200 gm ( 1 cawan) kacang hitam (Janggri) yg telah dibuang kulitnya
  • 110 ml air
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 tangkai cili kering (buang bijinya dan gunting halus)
  • 2 tangkai daun kari (gunting halus)
  • 1 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

  1. Basuh kacang hitam dan rendam hingga lembut dan kembang kira-kira 20 minit. Toskan airnya.
     
  2. Kisar kacang didalam blender bersama air. Kalau mata blender tak berpusing, tambahkan sedikit air lagi setakat membolehkan ia berpusing.Jgn terlalu byk nanti adunan cair susah untuk digoreng.
     
  3. Letakkan paste tadi kedlm bekas dan gaul bersama bahan-bahan lain. Sudukan ke dalam minyak panas dan goreng hingga masak.

 

Thosai

THOSAI



50 gm dhal hitam (ulundu) - dengan kulit
175 gm beras, 75 gm nasi sejuk
1-2 cawan air, 1 suduteh garam
Ghee atau minyak bijan

Basuk beras dan dhal dan rendam semalaman
secara berasingan.  Buang kulit dhal hitam.  Blender
dhal, nasi dan beras dengan air hingga hancur.
Tapis, tambah garam dan peram 8-10 jam baru
masak.  sapu kuali dengan minyak sikit dan buat
macam lempeng.

CHAPATI

CHAPATI


250 gm tepung atta
1/2 suduteh garam
1 sudubesar ghee/margarine
lebih kurang 3/4 cawan air suam

Gaulkan kesemuanya. Uli hingga lembut.
Biarkan semalaman.
Buat guli kecil2 dan tekan nipis.
Minyakkan kuali sikit dan masak chapati
tadi.  Tindih2 dengan tuala lembab hingga
masak.